PELANJUTAN TARIKH TUTUP BIASISWA TUANKU CANSELOR (BTC) DAN BIASISWA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (BUMT) TAHUN 2019

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Adalah dimaklumkan, pihak pengurusan Pusat Pengurusan Siswazah, UMT bersetuju untuk melanjutkan tarikh tutup bagi permohonan biasiswa ini. Tarikh tutup terbaru adalah pada 15 Mac 2019.

Oleh yang demikian, kepada pelajar pascasiswazah UMT (Ph.D) yang berminat dan masih belum menghantar permohonan ini, bolehlah mengambil peluang ini.

Sekian, terima kasih.

POSTGRADUATE REGISTRATION 2019

Postgraduate Registration
Semester 2, 2018/19 Session
February 25, 2019
9.00 am to 3.30 pm
Ibnu Rushd Seminar Room
Graduate Complex
Universiti Malaysia Terengganu

PENAWARAN BIASISWA TUANKU CANSELOR (BTC) DAN BIASISWA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (BUMT) 2019

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Adalah dimaklumkan bahawa permohonan bagi Biasiswa Tuanku Canselor (BTC) dan Biasiswa Universiti Malaysia Terengganu (BUMT) untuk tahun 2019 telah dibuka. Penawaran biasiswa ini adalah bagi pelajar Doktor Falsafah (Ph.D) tempatan Universiti Malaysia Terengganu sahaja. Para pemohon boleh merujuk syarat-syarat permohonan sebagaimana borang permohonan yang dilampirkan, atau terus berhubung dengan Pusat Pengurusan Siswazah, UMT di talian 09-668 4356/4141.

Pemohon yang layak boleh mula memohon mulai 4 Februari 2019 dan tarikh tutup bagi pemohonan biasiswa ini adalah pada 3 Mac 2019.

Sekian, terima kasih.

 

Borang Permohonan BTC-2019
Borang Permohonan BUMT-2019